Sabtu, 16 September 2023

Dr Foong nasihat untuk literature review JFW460 Kewangan Korporat

 Bagi tujuan penulisan akademik, terutamanya literature review dalam FYP, kita akan rujuk kepada jurnal yang di'index' dalam Scopus atau ISI. Beza Scopus dan ISI boleh rujuk fail pdf yang dilampirkan. 

Now, next question. Di manakah saya harus dapatkan jurnal yang bersesuaian? Senarai yang dilampirkan merupakan jurnal Malaysia. Anda juga boleh cari dalam jurnal antarabangsa. Cuma pastikan jurnal yang anda cari mempunyai indeks Scopus atau ISI. Semak status Scopus di https://www.scimagojr.com/ (taip saja nama jurnal dan search) atau pergi ke laman utama jurnal terbabit dan cari sama ada jurnal tersebut diindekskan dalam Scopus atau ISI. Jurnal yang saya highlight dengan warna kuning adalah jurnal yang berkaitan dengan bidang kewangan. 

Anda mungkin bertanya apakah pula ScienceDirect, Emerald, Jstor dll yang sering disebut oleh akademia. Ini adalah database yang mengumpul jurnal. Ia juga adalah salah satu sumber yang anda boleh gunakan untuk mencari jurnal yang berwasit. 

Ok, next question. Tak bolehkah saya cari jurnal yang tiada Scopus atau ISI? Jawapan saya: Elakkan. Mengapa? Alasan mudahnya adalah jurnal yang tiada Scopus atau ISI mungkin tidak berwasit (no review done). Dalam erti kata lain, tiada jaminan ke atas kualiti/kesahihan kertas kerja tersebut. Sama seperti nasihat 'Jangan beli barang elektrik yang tiada tanda 'SIRIM'. Sama jugalah untuk artikel dalam suratkhabar dan majalah. Tidak digalakkan digunakan dalam penulisan akademik. Tetapi, kita boleh guna dalam kes perbincangan isu semasa dan penggunaan statistik. 


Ahad, 10 September 2023

Keputusan Minor Ekonomi saya setakat ini

 Keputusan Minor saya setakat ini seperti berikut :


Setakat ini, paling tinggi markah adalah Dr Fazelina. Grade paling rendah adalah oleh Dr See Kok Fong setakat ini, Walaupun tugasan saya pernah dipaparkan oleh Dr See sebagai contoh tugasan. 

CGPA minor setakat ini  adalah 3.6679. Ini adalah CGPA paling tinggi saya, lebih tinggi daripada CGPA major kewangan, CGPA-AT, atau CGPA elektif dan Universiti dll.

Ini belum termasuk JTW109 dan JTW208 Ekonomi Pengurusan yang saya dapat A ( CGPA 4.00). Saya juga pernah ambil satu subjek audit untuk ekonomi JKE320 Makroekonomi Pertengahan.

Jadi, jika saya mahu belajar ke peringkat Sarjana ( Master ) atau PHD. Mungkin dalam bidang ekonomi dan bukan bidang major saya.

Keputusan Major Kewangan hanya dapat berikut :




Dr Foong nasihat untuk literature review JFW460 Kewangan Korporat

  Bagi tujuan penulisan akademik, terutamanya literature review dalam FYP, kita akan rujuk kepada jurnal yang di'index' dalam Scopus...